Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKerajaan sedia timbang benarkan pelajar IPT pulang ke pangkuan keluarga

Kerajaan sedia timbang benarkan pelajar IPT pulang ke pangkuan keluarga

Pihak kerajaan memahami kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak yang berada di kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Malah segelintir ibu bapa turut merayu agar anak-anak mereka dihantar pulang ke kampung masing-masing.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian COVID-19 (Non Health) hari ini berkata, pada mesyuarat lepas telah diputuskan agar para pelajar terus tinggal di kampus sehingga kerajaan mendapat nasihat daripada pihak Kerajaan Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hari ini mereka telah pun mendapatkan pandangan dari pihak KKM.

“Jikalau kita kuarantin, dua kali 14 hari ini masih tidak bergejala kita boleh menganggap bahawa mereka tidak ada jangkitan COVID-19,” ujar beliau.

Setelah pihak kerajaan membuat perbincangan, besar kemungkinan para pelajar dibenarkan pulang dengan ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang ketat kerana pihak ketajaan tidak mahu kesemua pelajar yang berjumlah 80,000 sehingga 100,000 pulang serentak ke kampung masing-masing.

“Mesyuarat bersama KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperhalusi SOP jika ada keputusan membenarkan pelajar pulang ke rumah,” katanya.

Tambah beliau lagi, para pelajar ini mungkin perlu melakukan ujian saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Perkara-perkara ini yang perlu dilihat dan perundingan mesti dilakukan antara KPT bersama KKM untuk membantu para pelajar,” tambahnya.

Dato’ Seri Ismail Sabri menambah setiap perincian SOP akan dilihat dan disemak secara teliti bagaimana kepulangan para pelajar dapat diuruskan supaya tidak timbul sebarang kesesakan.

Kerajaan sedia menimbang bagi membenarkan pelajar universiti di kampus untuk pulang ke rumah.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Selasa, 21 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments