Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMalaysia dijangka berdepan cuaca panas hingga pertengahan Mac

Malaysia dijangka berdepan cuaca panas hingga pertengahan Mac

Negara kini berdepan fenomena cuaca panas fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu siaran media berkata dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di Utara Semenanjung.

Walau bagaimanapun, MET Malaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa akan berlaku pada tahun ini.

“Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.

“Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun,” ujar pihak terbabit.

Sehingga kini dilaporkan, suhu tertinggi bagi bulan ini (Februari) adalah lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Suhu tertinggi pada Februari 2021 adalah 36.2°C manakala pada tahun 2020 adalah 37.4°C yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.

“Keadaan cuaca agak panas yang dialami di kebanyakan kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April 2021,” katanya.

Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan dinasihan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar serta minum air secukupnya.

Sehubungan itu, MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan turut menyarankan orang ramai sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments