Saturday, November 21, 2026
HomeBERITADituduh langgar SOP penggambaran, Michael Ang selar individu sebar tuduhan palsu

Dituduh langgar SOP penggambaran, Michael Ang selar individu sebar tuduhan palsu

Keputusan pihak berwajib membenarkan beberapa aktiviti dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi peluang pekerjaan kepada rakyat seterusnya bakal merancakkan kembali ekonomi negara.

Antara aktiviti yang dibenarkan ialah industri kreatif seperti penggambaran drama atau iklan dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang perlu diikuti.

Sutradara terkenal Michael Ang antara beberapa pengarah yang telah kembali ke set penggambaran menyiapkan kerja-kerja produksi yang tertangguh.

Namun, menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya, Michael menzahirkan rasa tidak puas hatinya kerana dikatakan tidak mengikuti piawaian SOP.

Menurutnya, ada seorang pelakon telah mengambil foto keadaan di set dengan gambaran melanggar SOP dan kemudiannya diviralkan buat tatapan umum.

Tidak berdiam diri, Michael atau lebih dikenali Mike segera tampil memberi penjelasan menerusi mengenai isu itu.

Dia turut memetik beberapa nama pihak berwajib agar tampil membantu menyiasat beberapa perkara berbangkit berkaitan pekerja belakang tabir.

Kenyataan Mike mendapat perhatian dan reaksi ramai penggiat seni yang rata-rata bersetuju dengan tindakannya dan terus memberi semangat.

Menurutnya lagi, dia bukan berniat menunding jari kepada sesiapa, tetapi pihak tertentu perlulah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaiknya.

Dalam pada itu, CEO Finas, Ahmad Idham turut memberi respon dan berjanji akan membuat siasatan dan tindakan lanjut terhadap aduan berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments