Malaysia dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan – PM

0

PUTRAJAYA, 13 Ogos – Malaysia dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan menerusi kerjasama antara Baladna Food Industries dengan FGV Holdings Bhd dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan di Pahang tidak lama lagi.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia juga menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam pelbagai bidang seperti bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di pejabatnya di sini, semalam.

Perbincangan yang diadakan diharap mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan AS$50 juta melalui dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia terutama dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

Pertemuan kedua-kedua pemimpin itu adalah susulan lawatan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri ke Qatar pada Mac lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply