Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA5,873 koperasi di seluruh negara tidak aktif

5,873 koperasi di seluruh negara tidak aktif

HULU SELANGOR, 13 Ogos – Hampir 40 peratus atau 5,873 koperasi daripada 14,834 koperasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai tidak aktif dan berstatus dorman.

Demikian kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar kepada wartawan   selepas melancarkan Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad (KRiiS) di De Palma Eco Resort, semalam.

Jelas beliau berdasarkan rekod yang diperoleh sehingga tahun lepas, pihaknya akan menghantar pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di setiap negeri bagi memeriksa koperasi yang berstatus dorman sebelum tindakan pemutihan dilakukan.

“Di bawah Seksyen 64 Akta Koperasi 1993, SKM boleh memanggil dan memeriksa tanpa notis koperasi yang berstatus dorman ini. Mereka (koperasi berstatus dorman) mungkin sudah lama ditubuhkan dan ada juga koperasi yang mempunyai aset.

“Kita akan melihat laporan penuh yang dikemukakan oleh pegawai SKM dan boleh mengambil alih aset koperasi tersebut selepas ditutup atau dibatalkan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro Koperasi berstatus tidak aktif ialah koperasi yang tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh tiga tahun berturut-turut namun masih mengadakan mesyuarat agung tahunan atau akaunnya diaudit dalam tempoh tersebut.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments