Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAMalaysia, Brunei bekerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara

Malaysia, Brunei bekerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamaruddin Jaffar memaklumkan susulan hubungan erat dan istimewa antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam, satu jalinan usaha sama untuk membawa pulang rakyat Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ke negara masing-masing telah pun dilaksanakan.

Memetik kenyataan media, beliau berkata, 84 rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir telah menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari Kaherah ke Bandar Seri Begawan turut membawa warganegaranya yang terkandas.

“Pesawat tersebut telah tiba di Bandar Seri Begawan pada jam 9:08 pagi tadi.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut membantu usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi membawa pulang kira-kira 134 rakyatnya yang terkandas di Malaysia dan mereka telah dibawa pulang melalui pesawat Malaysia Airines yang berlepas ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan pada hari ini, 29 Mac 2020 jam 6:15 pagi tadi.

“Pesawat yang sama kemudiannya membawa 84 rakyat Malaysia yang baru tiba dari Mesir dan 25 rakyat Malaysia yang terkandas di Brunei untuk pulang ke Malaysia dan mereka telah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 12:11 tengahari tadi,” ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan penghargaan bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri, Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khaini Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas perkenan baginda akan kebenaran 84 rakyat Malaysia untuk turut serta pulang menaiki pesawat yang dihantar oleh Kerajaan Brunei Darussalam.

“Usaha ini juga tidak dapat direalisasikan tanpa kerjasama erat dua hala termasuk penglibatan beberapa pihak yang terlibat seperti Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Putrajaya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Education Malaysia Global Services (EMGS), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kerajaan akan terus berusaha untuk memastkan bahawa keselamatan, kesihatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara tidak diabaikan. Kerajaan akan terus komited di dalam menghulurkan bantuan yang sewajarnya,” katanya.

Tambahnya, dalam situasi yang mencabar ini kerajaan mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan dalam usaha Kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments