Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 68 pulih, 150 kes baharu, 7 kematian dalam negara

COVID-19 : 68 pulih, 150 kes baharu, 7 kematian dalam negara

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu 68 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (29 Mac).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 388.

Manakala 150 kes baharu telah direkodkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,470 kes.

Kira-kira 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 52 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tujuh kes kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian dalam negara adalah sebanyak 34.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments