Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAMakan banyak tapi kurus?Rupanya ada lemak tersembunyi di organ dalam badan

Makan banyak tapi kurus?Rupanya ada lemak tersembunyi di organ dalam badan

Makan banyak tetapi badan sentiasa kekal kurus? Kurus tidak semestinya sihat.

Kajian menunjukkan walaupun seseorang individu itu memiliki berat badan ideal, namun tanpa disedari lemak berkumpul di organ penting abdomen seperti jantung, hati dan ginjal.

Situasi ini dikenali sebagai ‘kurus di luar, gemuk di dalam’.

Perkara ini boleh terjadi dalam pelbagai punca khususnya daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan makanan segera, minuman manis, stress, tidak cukup tidur, tidak aktif bersenam, merokok dan tidak makan sayur serta buah-buahan.

Individu di dalam kategori ‘kurus di luar, gemuk di dalam’ akan cenderung menghidapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan kolestrol.

Kesimpulannya, tubuh kurus tidak bermakna anda lolos dari risiko penyakit mentabolik jika tidak menjaga kesihatan atau mengawal cara pemakanan.

Adakah anda salah seorang individu ‘kurus di luar, gemuk di dalam’?

Individu dalam kategori ini kebiasaannya memiliki berat badan yang normal, kurus, tidak aktif atau cergas, cepat merasa letih dan kadang kala nampak pucat.

Anda pasti kenal mana mana individu yang makan dengan banyak, suka makanan segera dan minuman manis.. tetapi badan…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 11 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments