Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITADah pecahkan pasu, pandai pulak dia menyorok! Gelagat nakal anak kembar Zizie...

Dah pecahkan pasu, pandai pulak dia menyorok! Gelagat nakal anak kembar Zizie Izette mencuit hati

Dikurniakan sepasang anak kembar pasti menyeronokkan. Tambahan pula apabila si kembar mula bergabung, si ibu boleh bertukar menjadi ‘singa’ ya.

Demikianlah juga situasi yang dilalui oleh Datin Zizie Izette apabila si kembarnya, Aaleph Zeke dan Aadam Zac memecahkan pasu bunganya yang diletakkan di bahagian tangga rumah.

Namun yang lebih menarik, si kembar berkenaan seakan-akan mengerti kemarahan ibunya dan cepat-cepat mencari tempat persembunyian!

“Dua beradik ni buat project kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok. Nasib tukang report (Aaric) bagitau dia orang menyorok kat mana.

“Watak singa mommy dah keluar! 🦁
Hehe excuse rumah tak rupa rumah. Kita orang nak berpindah in sha allah x lama lg. ☺️,” tulis Zizie bersama perkongsian video.

Pandai ya si kembar comel ni, belum sempat ibunya marah dah menangis dulu, siap menyorok di bawah tilam pulak tu! 🤣

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments