PUTRAJAYA, 18 Jun – Penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman mengenai maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan kini kepada orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia terutamanya membabitkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah.
“Gunakan ini untuk menerapkan nilai dalam pelbagai bidang, dalam kemampanan ekonomi, dalam teknologi digital, dalam konsep ihsan dan rahmah untuk mengurangkan beban rakyat miskin serta pembelaan umat secara keseluruhan,” katanya.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapan ringkas beliau ketika menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Terdahulu, Anwar, yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Kompleks Seri Perdana pada jam 7.15 malam dan menunaikan solat Maghrib bersama kira-kira 300 jemaah, dengan dipimpin oleh Imam Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply