Wednesday, May 15, 2024
HomeBERITAMajlis Ilmu Madani: 3 tokoh ulama beri tausiyah

Majlis Ilmu Madani: 3 tokoh ulama beri tausiyah

Seramai tiga cendekiawan tersohor dunia Islam berpeluang menyampaikan tausiyah atau nasihat panduan keagamaan di Kompleks Seri Perdana, di sini malam tadi.

Antaranya Imam Masjid Al-Aqsa dan juga bekas Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Said Sabri yang hadir ke negara ini bersempena Kongres Palestin Sedunia 2023, di sini.

Turut serta ialah ulama ternama British kelahiran Mesir, Sheikh Ahmad Mohamed Saad Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama terkenal Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani.

Lebih 1,000 orang memenuhi dewan bankuet kompleks kediaman rasmi itu bagi mengikuti sesi Majlis Ilmu Madani yang disampaikan oleh ketiga-tiga mereka selepas solat Maghrib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru tiba lewat petang daripada jadual padat di Kelantan sebelum itu berkesempatan memberi ucapan aluan sebelum acara bermula.

Anwar menyifatkan tiga ilmuwan berkenaan sebagai guru peribadi banyak membimbing dirinya mengenai pengajian Islam sejajar konsep Malaysia Madani yang dicetuskannya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments