Sunday, July 14, 2024
HomeBERITAMAIK terima zakat syarikat KESEDAR RM215 ribu

MAIK terima zakat syarikat KESEDAR RM215 ribu

Gua Musang, 22 Mei – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan menerusi anak syarikatnya iaitu KESEDAR Holding Sdn Bhd (KHSB) serta syarikat subsidiarinya mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM215,307 bagi tahun 2021 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, berkata, sumbangan zakat ini adalah salah satu usaha KESEDAR dalam membantu meringkankan beban golongan asnaf di negeri ini.

Katanya, ia juga adalah langkah mengurangkan beban kewangan golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik yang berlarutan sebelum ini menerusi MAIK sebagai badan yang dipertanggungjawab untuk menguruskan zakat, infaq, wakaf dan baitulmal serta pentadbiran masjid yang amanah dan professional.

“Malah ini membuktikan modus operandi KHSB dan syarikat subsidiarinya patuh syariah serta terus komited dalam menunaikan tanggungjawab bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar di negeri ini.

‘’Pada tahun lalu, KHSB juga turut mengagihkan sumbangan zakat menerusi platform yang sama iaitu berjumlah RM214,049 dan sumbangan ini membuktikan anak syarikat KESEDAR tidak menfokuskan kepada keuntungan semata-mata,’’ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Mock-up Cek kepada MAIK menerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KESEDAR yang berlangsung di Dewan Dato’ Ariffin Said, di sini.

iSmbolik penyerahan itu diserahkan kepada wakil MAIK iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Tengku Razaleigh Hamzah, Mohd Amirul Fahmi Abdul Rashid.

Dalam pada itu, KESEDAR juga turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 120 golongan asnaf yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang diraikan dalam majlis berkenaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments