Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMahu capai lebih 50 juta views, Haqiem Rusli ajak peminat tonton muzik...

Mahu capai lebih 50 juta views, Haqiem Rusli ajak peminat tonton muzik video ‘Mimpi’ malam esok!

Bintang Paling Popular 2020, Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 23, bakal melancarkan single ke-14 berjudul ‘Mimpi’.

Mimpi merupakan lagu runut bunyi drama bersiri Bidadari Salju yang kini sedang ditayangkan di TV3 dan mendapat perhatian ramai sejak mula dipertontonkan.

Haqiem Rusli yang mula dikenali dengan lagu Segalanya dan Tergantung Sepi kini makin berani dan yakin mengetengahkan lagu ciptaannya sendiri khas untuk para peminat setianya.

Untuk rekod, lagu Mimpi merupakan single kelima lagu ciptaannya selain lagu Bangkit, Lembah kesepian, Qiemillio dan What Can I Do For U.

Pada kali ini Haqiem bergandingan dengan pelakon dan penerbit popular, Dato’ A.Aida dalam menghasilkan lagu serta lirik Mimpi.

“Ini pengalaman pertama saya berkerja dengan Dato’ A.Aida di dalam studio,

“Saya suka dan kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau sewaktu bekerja.

“Dia bukan sahaja wanita yang berjaya dalam perniagaan, malah seorang ibu tunggal yang gigih tanpa kenal erti putus asa,” puji Haqiem.

Apabila ditanya tentang harapannya untuk lagu Mimpi’,  Haqiem tetap optimis dan mengharapkan agar lagu ini diterima ramai.

“Ini lagu saya, mestilah saya harapkan sesuatu dari hasil kerja keras saya.

“Pada tahun 2021, saya nak orang mengenali Haqiem Rusli bukan sahaja sebagai penyanyi, malahan saya mahu mencipta jenama sebagai komposer yang disegani seperti Dato’ M.Nasir dan Dato’ Ahmad Nawab.

“Itu matlamat dan sasaran saya untuk tahun baru ini,” katanya penuh semangat.

Dalam pada itu, Haqiem juga berharap agar single kali ini berjaya mencatat jumlah tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagunya sebelum ini, Selamat Tinggal Sayang.

“Lagu ini buah tangan saya pada tahun baru 2021 buat semua peminat yang saya kasihi.

“Kita bagi view lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani?,” gurau Haqiem.

Muzik video lagu Mimpi boleh ditonton di saluran YouTube rasmi FMC Music mulai malam esok (7 Januari) bermula jam 8 malam.

Semoga ‘Mimpi’ ini mendatangkan tuah buat Haqiem Rusli dan Dato’ A.Aida selaku pencipta dan penulis lirik bersama dalam penghasilan lagu ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments