Kes baharu positif COVID-19 hari ini mencatat bilangan paling tinggi dalam negara dengan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 2,593 kes baharu membabitkan 2,589 merupakan kes tempatan dan 14 adalah kes import.
Dengan catatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 125, 438 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,129 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 100,578 kes (80.2%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 24,347 orang (19.4%) manakala 141 pesakit berada di ICU dan 67 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Direkodkan empat kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 513 kes (0.4%).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply