Friday, June 14, 2024
HomeBERITALindungi golongan berisiko tinggi dari jangkitan COVID-19

Lindungi golongan berisiko tinggi dari jangkitan COVID-19

Sehingga kini rekod kesihatan menunjukkan golongan yang paling ramai menghidap penyakit ini adalah warga emas, kanak-kanak dan juga golongan rendah imuniti.

Merujuk laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 18 Mei 2020 kira-kira 961 pesakit COVID-19 di Malaysia melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan 318 kes terdiri daripada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Dilaporkan, kira-kira 20 peratus bilangan 744 kes daripada jumlah kumulatif positif mempunyai rekod sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain lagi.

Setelah dua bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak 4 Mei lalu, jelas membuktikan jumlah kes aktif harian COVID-19 semakin menurun.

Sehubungan itu, pencapaian ini menunjukkan impak positif dan kerajaan menyeru masyarakat agar terus kekal patuh dengan SOP yang telah ditetapkan di bawah pelaksanaan PKP serta PKPB terutamanya pada musim perayaan yang bakal tiba.

KAWALAN SEMPADAN NEGERI, DAERAH DAN KELUARGA DARIPADA RISIKO JANGKITAN COVID-19Kita telah menjalani dua bulan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 18 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments