Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABaju raya PKP! Poket baju melayu terbalik undang tawa netizen

Baju raya PKP! Poket baju melayu terbalik undang tawa netizen

Dalam keterujaan ingin menyambut perayaan Aidilfitri yang masih berbaki lima hari, pelbagai ragam orang ramai yang dapat kita lihat melalui perkongsian di platform media sosial.

Tidak kurang juga dengan kisah lucu seorang brother kita ini.

Melalui perkongsian laman Facebook saudara Hamzah Alek yang berkongsi baju raya barunya berserta status “Model baru raya PKP stail baru😂😂”, nyata mencuri perhatian warganet.

Lebih melucukan apabila kedua-dua poket baju melayu berwarna pink itu bertukar posisi!

Nak kesian pun ada, nak gelak pun ya. Aishh, mana tak nya kalau tiba-tiba poket baju melayu bertukar posisi ke
bahagian belakang baju. Macam poket seluar jeans pulak!🤣🤣

Mungkin penjahit baju terlepas pandang dek kerana terlalu banyak tempahan raya.

Perkongsian baju raya versi baru saudara Hamzah ternyata mencuit hati netizen sehingga mencapai lebih 300 komen lucu serta hampir dua ribu perkongsian semula di media sosial.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564871281081069&id=100026746066657

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments