Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALim Kit Siang minta Dr Maszlee Malik dan kementerian bertanggungjawab isu kertas...

Lim Kit Siang minta Dr Maszlee Malik dan kementerian bertanggungjawab isu kertas peperiksaan UniMAP

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang meminta Kementerian Pendidikan bertanggungjawab ke atas kertas peperiksaan kontroversi yang disediakan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) walaupun universiti awam diberi autonomi.

Kenyataannya menyusuli tuduhan-tuduhan daripada pemimpin DAP bahawa Menteri Pendidikan Maszlee Malik gagal mereformasikan universiti-universiti awam.

Maszlee meminta mereka merujuk kad laporan “pencapaian” kementeriannya.

Beberapa pihak marah kerana kertas peperiksaan UniMAP bagi Kursus Hubungan Etnik yang diadakan pada 29 Dis, yang memuji penceramah kontroversi yang dikehendaki, Zakir Naik.

Kertas peperiksaan itu juga dikatakan mengandungi soalan yang dilihat menghina rakyat berkulit gelap, dan soalan yang nampak seperti mengejek pengkritik langkah kerajaan memasukkan pengenalan Jawi dalam silibus sekolah.

UniMAP sudah mengumumkan satu siasatan dalaman.

Lim menyeru satu siasatan penuh ke atas sama ada institusi pendidikan mempromosikan atau melemahkan hubungan kaum.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments