Tuesday, May 28, 2024
HomePOLITIKMaszlee letak jawatan, bagaimana pula dengan Teoh Nie Ching?

Maszlee letak jawatan, bagaimana pula dengan Teoh Nie Ching?

Nampaknya pemimpin politik veteran DAP, Lim Kit Siang cepat melompat dan segera memberi respon jika terdapat isu walau sebesar kuman yang tidak digemari oleh parti DAP.

Terbaru, cakap-cakap politik mengatakan isu kertas peperiksaan UniMAP didakwa menjadi punca Lim Kit Siang naik angin.

Ia juga dikatakan punca Dr Maszlee letak jawatan.

Jika itu sebabnya, bagaimana pun dengan kes pengedaran komik Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew yang mengakui sejumlah 3 ribu naskah komik “Inisiatif Jalur dan Jalan” telah dicetak dan 2500 unit daripada itu akan dihadiahkan kepada sekolah-sekolah.

Adakah wajar pihak berkenaan menutup mata sahaja? 

Walaupun Hew menafikan komik terbabit adalah bahan propaganda yang diedarkan kepada pelajar secara meluas kerana menurutnya, sebuah sekolah hanya akan menerima satu naskah sahaja.

Ini bermakna komik berkenaan kemungkinan akan diedarkan ke sekolah menengah ke seluruh negara kerana jumlah sekolah seluruh negara adalah berjumlah 2438 buah?

Bagaimana pula dengan isu jalur gemilang dipasang terbalik? Lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Mandarin yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teoh Nie Ching pula lebih banyak mendiamkan diri dan bersikap lepas tangan berkenaan isu-isu berkaitan yang telah berlaku.

Jika ahli Parlimen Iskandar Puteri ini boleh menyeru siasatan penuh ke atas kontroversi kertas peperiksaan UniMAP, isu-isu ini juga harus diambil tindakan dan turut memerlukan satu siasatan terperinci sama ada sekolah-sekolah dijadikan tempat mempromosikan propaganda politik dan dilihat boleh melemahkan hubungan kaum.

Sekarang rakyat sedang melihat tanpa melupakan apabila peristiwa menjengkelkan berlaku di era Malaysia Baharu.

Sama seperti jika Melayu bercakap dan menyentuh hal kaum-kaum lain terus dicop ‘rasis”.

Janganlah bersikap berat sebelah. Jika berkaitan dan melibatkan hal-hal berkepentingan misi dan visi DAP, maka cepat-cepatlah membantah dan mahukan siasatan terperinci!

Politik harus santai dan berfakta, jangan biarkan rakyat melabel manusia pada dasarnya adalah ‘haiwan’ politik.

Laporan Suhaila Megat untuk The Malaya Post

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments