Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITALantik syarikat saudara bekal makanan, pegawai jabatan Kerajaan Sabah bakal dituduh di...

Lantik syarikat saudara bekal makanan, pegawai jabatan Kerajaan Sabah bakal dituduh di mahkamah

KOTA KINABALU, 19 September – Seorang pegawai jabatan Kerajaan Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik saudaranya untuk pembekalan makanan bernilai hampir RM43,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah cawangan Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan.

Siasatan awal, suspek disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik saudaranya untuk perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya, tiga tahun lalu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanith  mengesahkan penahanan kakitangan awam berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Lapor media, individu berkenaan akan dituduh dimahkamah dalam waktu terdekat.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments