Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAKumpulan Tabligh menjadi kambing hitam bagi menutupi kesilapan pihak lain

Kumpulan Tabligh menjadi kambing hitam bagi menutupi kesilapan pihak lain

Perkongsian di laman Facebook bekas ADUN Ajil, Ghazali Taib menarik perhatian umum apabila beliau menyatakan pendapat bahawa kumpulan tabligh tiada kaitan langsung dengan penyebaran virus COVID-19.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berkata, kumpulan tabligh dijadikan kambing hitam menutup kesilapan pihak lain dan menjadi salah satu mangsa jangkitan wabak pandemik berkenaan.

“Sebenarnya, ada pihak tertentu mahu jadikan kumpulan ini sebagai kambing hitam untuk menutup kesilapan mereka yang sebelum ini membenarkan warga China masuk beramai-ramai dan seterusnya menjadi punca merebaknya virus itu di Malaysia,” ujar beliau dalam satu perkongsian di laman Facebook miliknya.

Malah beliau turut berkongsi video sidang akhbar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dengan tegas menyatakan pendiriannya berhubung virus COVID-19 bermula dari negara China dan tiada sesiapapun yang boleh menafikan kenyataan ini.

“Bukan berniat untuk prejudis terhadap negara China, tetapi kegagalan dunia bertindak menyekat kemasukan rakyatnya pada peringkat awal telah membawa kepada merebaknya wabak COVID-19.

“Kini, hampir seluruh dunia sedang berperang dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini,” ujar Trump dalam satu sidang media.

Presiden Amarika Syarkat mengesahkan Virus Corona covid 19 datang dari Negara China.Sesungguhnya Kumpulan Tabliq tiada…

Dikirim oleh Ghazali Taib pada Senin, 23 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/the malaya post

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments