Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACeloteh Jep Sepahtu menghiburkan netizen

Celoteh Jep Sepahtu menghiburkan netizen

Situasi meruncing dalam negara dengan pengisytiharan perintah kawalan pergerakan yang memerlukan rakyat hanya berada di rumah mengundang banyak rungutan di kalangan warganet.

Tetapi tidak bagi pelawak dan pelakon Jep Sepahtu.

Menerusi laman media sosial Instagramnya, Jep membidas komentar netizen dengan mengatakan banyak aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh berkurung ini.

Dia memberi contoh, aktiviti menyiram pokok bunga di sekeliling rumah adalah salah satu riadah yang baik dan amat jarang dilakukan.

Sambil-sambil itu, bolehlah tengokkan anak-anak mandi manda di kolam, celotehnya.

Katanya lagi, kalau isteri tidak memberi kebenaran untuk keluar pun kita tidak keluar, apatah lagi kerajaan yang arah kan!

Eh lain macam bunyinya tu Jep 😂

Apa pun, hargai kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan kita ya.

Jep…Jep, ada sahaja celoteh bernas kamu ya!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments