Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAKrisis Ukraine-Rusia : Ukraine boleh selesaikan dengan menangguhkan hasrat mereka menyertai NATO...

Krisis Ukraine-Rusia : Ukraine boleh selesaikan dengan menangguhkan hasrat mereka menyertai NATO – Pakar

Krisis Ukraine-Rusia.

Tindakan Kremlin baru-baru ini yang mendakwa menarik balik 100,000 tenteranya dan aset ketenteraan di sempadan Ukraine yang dikatakan hanya menjalani latihan biasa dilihat meredakan sedikit ketegangan.

Namun, pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan tentera Rusia berundur, sebaliknya ketegangan di sempadan dikatakan semakin meningkat.

Terbaru, berlaku serangan ke atas sebuah tadika.

Lapor media menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan, punca ketegangan tercetus ialah beberapa tindakan oleh pihak Ukraine.

Isu paling besar ialah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).

Tambah Mizan, lebih memburukkan keadaan apabila AS turut memainkan peranan dalam membantu Ukraine sekiranya berlakunya perang.

Beliau menyifatkan peranan beberapa negara yang dilihat sebagai kuasa besar, hanya merupakan permainan geopolitik, atas kepentingan dan agenda masing-masing.

Kepentingan paling utama mereka adalah ekonomi.

Kalau kita telusuri secara mendalam, pada setiap konflik di dunia ini, sebenarnya ada kaitan dengan faktor ekonomi.

Kalau kita lihat ketika ini, AS mengalami kelembapan ekonomi sangat teruk, rakyat mereka mengalami pengangguran dan lain-lain.

Satu perkara yang kita perlu faham, Joe Biden, Presiden AS ketika ini, adalah daripada Parti Demokrat.

Dan dari segi sejarahnya, pemimpin Demokrat ini memang suka berperang, katanya sambil memetik nama bekas-bekas presiden AS yang menurutnya mencipta peperangan dengan beberapa negara.

Justeru, tambahnya, ketegangan itu boleh diredakan dan dielakkan sekiranya Ukraine mengambil langkah menangguhkan daripada menyertai NATO.

Kurangkan ketegangan

Malah, menurut Mizan, Rusia sebenarnya tidak berminat untuk menjajah Ukraine, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang disifatkan sebagai bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Ukraine boleh selesaikan dengan menangguhkan hasrat mereka menyertai NATO, secara automatik Rusia kemudian akan senang hati dan memang Rusia tiada hasrat menjajah Ukraine.

Peperangan di dunia ini banyak dicetuskan AS berbanding Rusia, termasuk isu Ukraine.

Mereka (Rusia) cuma berada di sempadan, mereka mengawal kepentingan di Crimea, tetapi tidak menjajah sama sekali, katanya lagi.

Selain Ukraine, Mizan berkata, negara Eropah lain yang boleh memainkan peranan ialah Jerman dan Turki, yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Rusia.

Jerman negara yang sangat rapat dengan Rusia melalui laluan gas.

Mereka telah bina laluan gas Nord Stream 1 dan 2.

Mereka juga sekarang sedang membina Turk Stream 1, Turk Stream 2, yang akan menyalurkan gas digunakan oleh Eropah.

Oleh kerana hubungan itu telah ada, saya melihat Turki dan Jerman boleh memainkan peranan untuk meredakan ketegangan yang berlaku pada hari ini, katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments