Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITABekas YB DAP tegur YB DAP leka jengah "website shopping" ketika sidang...

Bekas YB DAP tegur YB DAP leka jengah “website shopping” ketika sidang Parlimen

Bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong hari ini menempelak tindakan salah seorang Ahli Parlimen DAP yang didakwa sedang leka menjengah laman web beli belah dalam talian ketika sesi sidang parlimen berlangsung.

YB Wee Choo Keong yang juga bekas YB dari DAP (1990-1995) menyifatkan tindakan YB berkenaan seolah makan gaji buta.

Dalam ciapan ringkasnya di Twitter beliau turut menulis “Tidak kasihan rakyat kah? Sekarang Parlimen = sarkas! Penyakit MoU?” ciap Wee.

Untuk rekod, Wee Choo Keong yang juga seorang peguam adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang (1990-1995). Beliau kemudian bertanding dan menang atas tiket PKR di Parlimen Wangsa Maju pada 2008 namun pada 14 Mei 2010 dia umum keluar dari parti PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments