Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAKoronavirus : Kes pertama positif 2019-nCoV babitkan rakyat Malaysia

Koronavirus : Kes pertama positif 2019-nCoV babitkan rakyat Malaysia

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan seorang lelaki berasal dari Selangor positif 2019-nCoV dan kini berada dalam keadaan stabil.

Lelaki berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran dari 16 Januari sehingga 23 Januari 2020 bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu telah pulang ke Malaysia pada 23 Januari dan seminggu kemudian dia telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk.

Individu berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari dan dimasukkan ke wad isolasi.

Kes kedua pula membabitkan seorang lelaki warganegara China yang berumur 63 tahun, berasal dari Wuhan telah tiba di KLIA pada 18 Januari 2020.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengalami demam ringan pada 23 Januari 2020 dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kes terbabit telah dimaklumkan kepada pihak KKM dan kini diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (home suveillance) untuk tempoh 14 hari.

Pada 2 Februari 2020, demamnya masih berterusan dan dia telah dimasukkan ke HKL bagi menerima rawatan lanjut.

Pada 3 Februari keputusan makmal mendapati lelaki terbabit positif 2019-nCoV.

Pesakit kini sedang beada dalam wad isolasi dan dalam keadaan yang stabil dan pengesahan kes baharu di Malaysia telah pun dikeluarkan.

“Satu laporan telah dikeluarkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penambahan dua kes baharu novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan pada 3 Februari 2019.

“KKM telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan negara jiran dan mereka mengesahkan bahawa aktiviti contact tracing telah dimulakan dan KKM sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan negara jiran yang terlibat bagi mengenalpasri sumber jangkitan berlaku.

“Dengan penambahan dua kes terbaru ini, jumlah kumulatif kes 2019-nCoV yang dilaporkan sehingga hari ini adalah sebanyak 10 kes, iaitu lima kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes lagi dalam kalangan kontak rapat,” katanya.

Dato’ Seri Dr. Dzulkefly berkata, kini jumlah terbaharu adalah sembilan kes melibatkan warganegara China.

Seorang adalah warganegara Malaysia.

“Sejak saringan dijalankan pada 10 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020 jam 6.00.petang, jumlah kumulatif PUI jangkitan 2019-nCoV adalah seramai 213 orang, dimana 122 adalah warganegara Malaysia, 86 warga China dan masing masing satu warganegara Australia, Republik Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

“Lima kes yang disahkan positif 2019-nCoV, 188 adalah negatif 2019-nCoV dan 20 kes masih menunggu keputisan makmal (Lampiran 1).

“Buat masa ini, kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV setakat ini adalah seramai 36 orang. Daripada jumlah ini, seramai lima kes telah disahkan positif jangkitan 2019-nCoV dan dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Sungai Buloh (4) dan Hospital Permai (1),” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu kesemua kes adalah dalam keadaan stabil, ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lain didapati negatif jangkitan 2019-nCoV, manakala empat lagi masih menunggu keputusan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan tentang sebarang perkembangan mengenainya dan dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh KKM. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments