Sejak dua dekad yang lalu, kanser adalah salah satu dari lima penyebab utama kematian yang berlaku di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di negara ini adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).
Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9 %) dan wanita pula adalah kanser payudara (34.1%).
Pihak WHO menganggarkan 30-50% peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.
Kejadian kanser adalah dikaitkan dengan lima tingkah laku dan amalan berisiko iaitu:
1. Berat badan berlebihan
2. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Kurang melakukan aktiviti fizikal
4. Pengambilan tembakau atau merokok 5. Pengambilan alkohol

KKM menyediakan perkhidmatan saringan kanser payudara, kolorektal dan serviks di klinik-klinik kesihatan dan saringan kanser mulut di klinik-klinik pergigian di seluruh negara.
Sempena Hari Kanser Sedunia pada hari ini 4 Febuari, marilah kita amalkan gaya hidup sihat.
Cegah lebih baik dari mengubati.
“I AM I WILL”.
–THE MALAYA POST
*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply