Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAKhasiat daun pudina yang mungkin anda tidak ketahui

Khasiat daun pudina yang mungkin anda tidak ketahui

Pastinya tidak ramai yang tahu khasiat daun pudina bukan? Selain diletakkan atau direndam di dalam air dan dijadikan perisa aiskrim, terdapat pelbagai khasiat yang amat jarang kita ketahui.

Disini kami kongsikan beberapa petua penggunaan, kebaikan dan khasiat daun pudina:

1- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

2- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

3- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

4- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

5- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

6- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

7- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

8- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

9- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut.

Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.

10- Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedahnya memberi kesan keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.

11- Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.

12- Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan simptom penyakit penafasan.

13- Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

14- Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

15- Teh pudina boleh digunakan pada luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

16- Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments