Friday, October 18, 2024
HomeBERITAJom daftar niaga dengan SSM

Jom daftar niaga dengan SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Perniaga online atau offline diwajibkan untuk mendaftar syarikat atau perniagaan dengan SSM bagi mengelakkan perniagaan dikenakan tindakan undang-undang.

Dengan mendaftar dengan SSM, ia juga dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.

Secara umum, penting untuk anda mengetahui kenapa setiap perniagaan perlu berdaftar dengan SSM:

1) Memudahkan urusan perniagaan dengan pihak lain
2) Sebagai bukti perniagaan yang sah
3) Meningkatkan kredibiliti perniagaan untuk jangka masa panjang
4) Kerajaan dapat menyalurkan bantuan untuk pembangunan perniagaan
5) Memudahkan pengguna membuat verifikasi maklumat perniagaan

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceSSM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments