Adakah anda pernah mendengar istilah Gastroesophageal reflux disease (GERD)?
GERD adalah gangguan pencernaan yang berlaku apabila asid perut atau makanan dan cecair mengalir kembali ke dalam tiub yang menghubungkan perut ke esofagus.
Masalah pencernaan asid atau bahasa saintifiknya pedih ulu hati sering terjadi kepada ramai orang termasuk wanita hamil, perokok, individu obesiti serta individu yang suka makan berat pada waktu malam.
Antara gejala yang dapat dikesan disebabkan GERD seperti sakit dada, susah nak telan makanan, terasa muntah di kerongkong, batuk yang lama, tidur terganggu dan merasa pedih ulu hati selepas makan.
Kesan GERD boleh menyebabkan kanser berlaku. Pembukaan esofagus (sfinkter) akan menjadi ulser luka berdarah serta dinding salur rosak akibat esofagus mengecut.
Disini kami kongsikan cara pencegahan GERD yang boleh anda amalkan:
1) Turunkan berat badan bagi yang obes
2) Berhenti merokok atau vape
3) Tinggikan posisi bantal kepala ketika tidur
4) Jangan berlari dan tidur selepas makan
5) Amalkan konsep kunyah makanan sebelum telan dan berhenti sebelum kenyang
6) Elakkan pakai pakaian ketat atau korset serta longgarkan pemakaian tali pinggang
GERD sering terjadi kepada rakyat Malaysia. Namun ramai tidak tahu tentang perkara ini. Kami kongsikan cara pencegahan…
Posted by Public Health Malaysia on Friday, 19 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply