Tular di laman media sosial apabila orang ramai mula memuatnaik gambar setelah diedit menggunakan aplikasi Face App yang menukar wajah asal ke wajah yang berlainan gender.
Trend terbabit turut diikuti oleh ramai pengguna termasuklah para artis dan tidak terkecuali juga pelawak, pengacara dan juga usahawan, Shuib Sepahtu.
Namun, yang lebih mencuit hati apabila hasilnya tidak semulus wajah orang lain.
Apa tidaknya jika Shuib hanya membuatnya secara manual!
“Face app manual ????♀️ @lovetahq”, celoteh Shuib dengan berkongsi gambarnya.
Perkongsian Shuib itu juga telah mencuit hati para peminat dan juga rakan-rakan artis malah tidak kurang juga yang mengatakan aplikasi berkenaan sudah rosak.

Ada-ada sahaja ya idea korang nak kenakan orang lain! ????
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply