Monday, October 21, 2024
HomeBERITAKetahui fungsi toner dan manfaatnya

Ketahui fungsi toner dan manfaatnya

Kalau minggu lalu kami telah kongsikan beberapa jenis pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka berminyak.

Tapi sebelum itu, kita perlu tahu apakah fungsi toner dan kesan ke atas kulit wajah kita.

Toner digunakan untuk sempurnakan “cleansing process” dengan membantu membuang lebihan yang tertinggal pada kulit wajah seperti makeup, lebihan minyak, sel kulit mati, atau lebihan cleanser yang tertinggal pada kulit wajah.

Sebenarnya toner bukan tambahan penting untuk skincare semua orang, tapi ia boleh beri manfaat kepada mereka yang nak ketatkan pori-pori, tambah tahap kebersihan pada kulit, atau tambah elemen yang boleh memperbaiki tekstur pada kulit.

Kali ini kami sertakan enam pilihan toner untuk kulit wajah berminyak.

1) Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear

**Mengawal minyak yang keluar berlebihan dari kulit

**Menyegarkan kulit terutamanya pada musim panas dan menghapuskan 6 masalah besar kulit iaitu berminyak dan berjerawat, kulit sensitif, kulit gatal atau alergik, pori tersumbat, kulit tegang apabila terkena cahaya panas dan parut jerawat

2) True Island Alaska Glacier Water Aqua Toner

**Kesan dua rawatan pemutihan dan anti kedutan

**Ia menenangkan kulit yang sensitif, menenangkan sel-sel kulit mati, memperbaiki kulit secara merata

**Selamat digunakan kerana ia tidak mengandungi paraben, minyak mineral atau benzophenone-4.

**Mengandungi 30,000 ppm Hyaluronic Acid

3) Hado Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion

**Penyegar yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 mengandungi bahan seperti Hatomugi, Houttuynia Cordata dan bunga Chamomile yang membantu melawan kerosakan kulit, kulit kemerahan dan menenangkan kulit yang iritasi

**Membantu memberi kelembapan pada kulit wajah agar kulit kekal lembut dan licin

**Bebas dari bahan wangian, pewarna dan minyak mineral

4) Simple Soothing Facial Toner

**Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel dan Allantoin membantu menenangkan kulit wajah

**Sesuai untuk kulit berjerawat kerana ia membantu mengatasi masalah anda sehingga ke lapisan dalaman kulit

5) Oxy Oil Control Toner

**Toner kawalan minyak gabungan khas 8 ekstrak tumbuhan

**Berkesan mengawal sebum minyak

**Mengandungi Dermaflux ramuan yang inovatif dan semulajadi memberikan kelembapan segera

** Caprytoyl Glycline membantu membersihkan kulit dan memulihkan perlindungan semulajadi

**Salvia Officinalis membantu meminimumkan liang-liang pori serta menjadikan kulit kelihatan licin

6) Clean & Clear Oil Control Toner

**Formula bebas minyak membantu membersihkan minyak dan kotoran

**Meresap jauh ke dalam pori-pori untuk mengawal minyak dan membantu mencegah jerawat dan bintik hitam

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menentukan pilihan terbaik mengikuti kesesuaian kulit!

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments