Monday, May 20, 2024
HomeBERITAKes Sangeet Kaur lawan Ketua Hakim Negara berkaitan jenayah rayuan mendiang Karpal...

Kes Sangeet Kaur lawan Ketua Hakim Negara berkaitan jenayah rayuan mendiang Karpal Singh oleh Haniff Khatri

Oleh Peguam Haniff Khatri

Isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI berkaitan kehakiman.

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Dalam Siri : 1704, pada 03.04.2019 sebelum ini, saya telah menulis dan menerangkan berkaitan kedudukan tindakan SAMAN PEMULA yang difailkan pada bulan Januari, 2019 oleh SANGEET KAUR, anak mendiang KARPAL SINGH terhadap KETUA HAKIM NEGARA berhubung alegasi kegagalan KETUA HAKIM NEGARA untuk menyelesaikan skandal dan permasalahan dalam KEPUTUSAN kes jenayah terhadap bapanya (mendiang) semasa di tahap MAHKAMAH RAYUAN.

2. Secara imbasan, dalam tindakan SAMAN PEMULA itu, seorang Hakim MAHKAMAH RAYUAN yang masih dalam jawatan, HAKIM HAMID SULTAN ABU BACKER, telah memfailkan satu Afidavit bertarikh 14.02.2019, di mana pelbagai alegasi campurtangan salah dan skandal dalam sistem Kehakiman yang kononnya wujud telah ditampilkan di sana.

3. Di atas perkara itu, Kerajaan telah bersetuju melalui pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019 bahawa satu SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman akan ditubuhkan untuk menyiasat kesemua alegasi berkaitan skandal Kehakiman, termasuk segala kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN itu, kelak.

4. Namun, sebelum proses lanjut penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA dapat dlaksanakan seterusnya, Pejabat Peguam Negara sebagai Peguamcara yang mewakili KETUA HAKIM NEGARA telah failkan satu Permohonan Rasmi untuk BATALKAN sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN yang sama.

5. Pada hari semalam, 23.10.2019 MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR telah memberi KEPUTUSAN BERKAITAN dua (2) PERKARA :

(a) berhubung Permohonan Rasmi Pejabat Peguam Negara sebagai Peguamcara yang mewakili KETUA HAKIM NEGARA untuk BATALKAN sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN,

(b) berhubung kedudukan SAMAN PEMULA yang dihasratkan untuk ditarik balik atas sebab pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019 bahawa satu SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman akan ditubuhkan untuk menyiasat kesemua alegasi berkaitan skandal Kehakiman, termasuk isu salah campur dalam keputusan Rayuan mendiang KARPAL SINGH (KEPUTUSAN yang mana adalah tidak dihasratkan untuk dibincangkan di sini di tahap ini).

6. Berkaitan isu di Perenggan 5(a) di atas, MAHKAMAH telah berpendapat bahawa :

(i) tanggungjawab MAHKAMAH berhubung Permohonan untuk batalkan kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN, cuma melibatkan kuasa MAHKAMAH untuk menentukan samada bahagian yang diadu sebagai tidak relevan itu, adakah ianya sebenar-benarnya tidak relevan kepada subjek utama perkara yang dipertikaikan di hadapan MAHKAMAH itu, yakni SAMAN PEMULA Sangeet Kaur itu, dan itu sahaja !,

(ii) dalam menjalankan tugas itu, MAHKAMAH tidak ada kuasa untuk menentukan kesahihan ataupun kebenaran mana-mana kandungan lain Afidavit HAKIM HAMID SULTAN itu sama sekali, yang mana adalah bidangkuasa pihak-pihak berkuasa lain untulk siasat dan mengambil tindakan yang perlu.

(iii) memandangkan isu UTAMA dalam pertikaian SAMAN PEMULA Sangeet Kaur itu cuma adalah berkaitan alegasi SALAH CAMPUR di dalam kes Rayuan mending KARPAL SINGH itu, maka kesemua kandungan lain berkaitan alegasi SALAH LAKU KEHAKIMAN dalam Afidavit HAKIM HAMID SULTAN itu, adalah TIDAK RELEVAN bagi tujuan perkara utama dalam pertikaian SAMAN PEMULA itu, dan

(iv) Justeru, MAHKAMAH telah membatalkan sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN itu, berhubung kesemua alegasi lain SALAH LAKU dalam KEHAKIMAN yang dinyatakan di sana.

6. PERSOALAN munasabah yang muncul di minda mana-mana Rakyat yang prihatin hasil daripada KEPUTUSAN ini adalah :

” Di atas sebab pembatalan sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu, adakah ianya akan menghalang proses penubuhan rasmi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019 bagi tujuan antara lain, menyiasat kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu ?”

7. JAWABAN dari segi undang-undang :

(a) MAHKAMAH yang telah batalkan sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu, telah dengan jelas di dalam PENGHAKIMAN menyatakan bahawa ” … MAHKAMAH tidak ada kuasa untuk menentukan kesahihan ataupun kebenaran mana-mana kandungan lain Afidavit HAKIM HAMID SULTAN itu, sama sekali, yang mana adalah bidangkuasa pihak-pihak berkuasa lain untulk siasat dan mengambil tindakan yang perlu …” (Perenggan 6(ii) di atas),

(b) Justeru, KEPUTUSAN untuk batalkan sebahagian besar kandungan Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu, TIDAK BOLEH DI SISI UNDANG-UNDANG dianggap sebagai telah membatalkan ataupun memadamkan alegasi-alegasi SALAHLAKU KEHAKIMAN yang terkandung dalam Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu !!, dan

(c) Walhal, ianya kini menjadi TANGGUNGJAWAB lebih besar untuk penubuhan segera SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019 bagi tujuan antara lain, menentukan tiada salah faham mana-mana pihak berkaitan KEPUTUSAN MAHKAMAH pada 23.10.2019 itu, dan untuk siasat ke akar umbi akan kesemua alegasi SALAHLAKU yang dinyatakan di situ !!

8. Justeru, seperti yang telah saya sarankan berulang kali sebelum ini, berpandukan kepada KEPUTUSAN 23.10.2019 oleh MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR INI, Menteri Undang-undang LIEW VUI KEONG dan Peguam Negara TOMMY THOMAS adalah digesa untuk serta merta mengambil langkah-langkah yang perlu bagi tujuan merealisasikan wawasan Kerajaan dalam pengumuman penubuhan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman pada 21.02.2019, iaitu yang antara lain melibatkan :

(a) menderafkan kesemua terma rujukan yang perlu dilaksanakan oleh SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) itu,

(b) menasihati agar mandat diberi kepada SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) bagi menubuhkan Jawatankuasa Kecil Aduan untuk menerima aduan-aduan lanjut dan lain daripada kesemua pihak, dan seterusnya untuk mengenalpasti antara aduan-aduan yang berasas untuk dijadikan sebahagian daripada terma-terma rujukan asal di hadapan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) itu, dan

(c) menetapkan tempoh masa yang munasabah bagi tujuan pelaksanaan perkara di Perenggan 8(a) dan 8(b) di atas, dan tempoh masa lanjut bagi tujuan penyediaan Laporan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) untuk dipersembahkan kepada KeBawah Duli Yang Dipertuan Agong.

9. Sekali lagi saya tegaskan kepada kesemua pihak yang pada masa kini, seolah-olah TELAH LUPA akan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR pada 21.02.2019, bahaw sudahpun LAPAN (8) BULAN DAN DUA (2) HARI berlalu, sejak tarikh pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR sehingga ke tarikh KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR pada hari semalam, namun malangnya Rakyat masih ternanti-nanti penubuhan rasmi SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) berhubung Kehakiman itu !!!

10. Laporan berkaitan KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR yang merujuk kepada isu Afidavit HAKIM HAMID SULTAN 14.02.2019 itu, adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan rujukan kesemua pihak.

TANPA GUNDAH – GANJARA !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments