Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAKomik kontroversi BRI dirampas dan diwarta perintah larangan oleh KDN, Superman Hew...

Komik kontroversi BRI dirampas dan diwarta perintah larangan oleh KDN, Superman Hew letak jawatan CEO MCBC

Bekas aktivis DAP, Dr Hew Kuan Yau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-China (MCBC) hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Superman Hew, yang memegang jawatan itu sejak Januari lalu, berkata keputusan berkenaan bagi memastikan operasi MCBC berjalan lancar.

Dr Hew Kuan Yau dikecam ramai berkaitan pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan-Meraih Manfaat Bersama (BRI).

Memetik laporan Berita Harian semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap komik terbabit atas dasar cuba mempromosi ideologi komunisme dan sosialisme serta menyebarkan fakta salah.

Warta perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menetapkan larangan mutlak terhadap ‘pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan’.

Susulan itu, KDN menyerbu Muzium Kebudayaan Komik di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown hari ini.

Sebanyak 13 komik ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ yang diterbitkan dalam versi bahasa Cina dirampas.

Komik itu mula menjadi perhatian apabila diedarkan di sebahagian sekolah menengah dan Kementerian Pendidikan kemudian menjelaskan tidak pernah meluluskan pengedarannya, selain mengarahkan sekolah untuk tidak menerimanya.

Di laman media sosial, warganet bersetuju dan mengalu-alukan perletakan jawatan dan gembira dengan perkembangan tersebut.

Netizen mengklasifikasikan Superman Hew sebagai gunting dalam lipatan dan mahu tindakan tegas diambil ke atasnya.

Ada juga segelintir yang berseloroh dan memberi komen lucu menyatakan jika Superman meletak jawatan, apa pula kata Batman???

Haiii…Macam-macam idea nakal netizen yang mencuit hati.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments