“Semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menetapkan perbicaraan kes itu pada 18, 20, 21 dan 22 April 2022 dan pengurusan kes selanjutnya pada 5 November ini.
“Pihak plaintif bercadang untuk mengemukakan lima saksi termasuk Mohamed Apandi,” kata Datuk Abdul Shukor.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili AGC ketika dihubungi mengesahkan mengenai mediasi itu.
Pada 6 Julai lalu, Datuk Abdul Shukor memaklumkan bahawa Tan Sri Mohamed Apandi bersedia untuk menyelesaikan kes samannya itu secara baik menerusi proses mediasi dan telah menyerahkan borang mediasi kepada AGC menerusi e-mel pada 21 Mei.
Dalam pernyataan tuntutan, Tan Sri Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama (Tun Dr Mahathir) telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.
Tan Sri Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 12 November 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Tun Dr Mahathir dalam hal itu.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply