Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKes pesawat terhempas di Nepal: Juruterbang lapor tiada kuasa pada enjin

Kes pesawat terhempas di Nepal: Juruterbang lapor tiada kuasa pada enjin

Di Khatmandu seorang juruterbang pesawat Yeti Airlines yang terhempas di Nepal, mengorbankan 71 orang dilaporkan berkata sebelum nahas itu berlaku tiada kuasa pada enjin pesawat berkenaan, menurut laporan siasatan awal semalam.

Pesawat berkenaan terhempas sebelum mendarat di bandar pelancongan Pokhara pada 15 Januari lalu.

Ia menjadi antara kemalangan kapal terbang paling buruk di Nepal dalam tempoh 30 tahun.

Terdapat seramai 72 penumpang pesawat jenis ATR 72 enjin berkembar yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Yeti Nepal, termasuk dua bayi, empat anak kapal dan 10 warga asing.

Anggota pasukan penyelamat menemui 71 mayat dengan seorang daripadanya yang masih belum dikenal pasti sehingga kini.

Laporan itu berkata, juruterbang yang menerbangkan pesawat menyerahkan kawalan kepada pemantauan juruterbang sebelum ia terhempas.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments