Hasnal Rezua Merican tanding Ketua UMNO Bahagian Selayang

0

PETALING JAYA, 17 Febuari – Timbalan Ketua Bahagian Selayang yang juga seorang Peguambela dan Peguamcara, Datuk Hasnal Rezua Merican hari menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian Selayang pada pemilihan parti berkenaan bermula bulan ini.

Hasnal, 52 tahun berkata, keputusan itu dibuat setelah memperhalusi dan menghayati setiap permintaan yang disuarakan pemimpin dan ahli akar umbi serta sayap-sayap parti yang mahukan perjuangan kita ini dironai kesegaran, penambahbaikan serta peremajaan.

“Mana mungkin jiwa yang sarat daya juang hanya berpeluk tubuh atau membungkam kaku tatkala rumah agam UMNO dilanda ujian getir. Cabaran ini mesti ditangani dengan rangkuman cetusan idea jernih, garapan strategi luar biasa, pendekatan pelbagai dimensi serta peremajaan barisan perjuangan.

“Saya telah memperhalusi dan menghayati setiap permintaan yang disuarakan pemimpin dan ahli akar umbi serta sayap-sayap parti yang mahukan perjuangan kita ini dironai kesegaran, penambahbaikan serta peremajaan.

“Berbekal tawadduk dan keinsafan setelah bermuhasabah, saya dengan ini menawarkan diri untuk dipilih ke jawatan Ketua UMNO Bahagian Selayang bagi penggal 2023/26.┬áKepada Allah SWT jua lah saya berserah,” katanya.

Untuk rekod, Hasnal adalah seorang peguambela dan peguamcara yang berpengalaman dan banyak mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply