Friday, October 4, 2024
HomeBERITAKes penjualan MYKad di Pulau Pinang, polis sahkan ada tangkapan - Pengarah...

Kes penjualan MYKad di Pulau Pinang, polis sahkan ada tangkapan – Pengarah JSJ Bukit Aman

Susulan kes pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan ada tangkapan dibuat polis membabitkan kes berkenaan bagi membantu siasatan.

Namun beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perihal dalang dan identiti individu yang ditangkap ketika dihubungi wartawan The Malaya Post sebentar tadi.

Datuk Huzir berkata penangkapan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke Jabatan Imigresen Malaysia, JIM Negeri Pulau Pinang bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang sah.

Namun status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.

Wanita berkenaan dikatakan gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan.

Namun memetik laporan Harian Metro lagi, MyKad yang dibawa wanita itu sah.

Satu laporan polis dibuat Jabatan Imigresen Malaysia.

Susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.

Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.

Hasil siasatan sehingga hari ini kumpulan itu sudah menjual lebih enam keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu terbabit.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments