Monday, May 13, 2024
HomeBERITAJerebu : Rompin catat bacaan IPU sangat tidak sihat

Jerebu : Rompin catat bacaan IPU sangat tidak sihat

Masalah jerebu di Semenanjung
tidak menunjukkan petanda positif ia akan pulih dalam tempoh terdekat.

Semakan di laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mendapati bacaan IPU 20 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), pagi ini.

Setakat jam 8 pagi tadi, dua lokasi di Kuala Lumpur mencatatkan paras IPU tidak sihat dengan Batu Muda di paras 135, Cheras 142 manakala Putrajaya mencatat IPU di paras 151.

Sementara itu di Selangor, Shah Alam mencatat paras IPU di tahap Petaling Jaya 134, Shah Alam 135, Klang 123 dan IPU di Banting di paras 122

Bacaan IPU juga semakin meningkat di dua lokasi di Negeri Sembilan iaitu Nilai dengan IPU di paras 157, manakala Seremban di paras 130.

Di Tangkak, Johor, IPU yang dicatatkan adalah di paras 133, dan IPU di Rompin, Pahang bacaan IPU di tahap sangat tidak sihat pagi ini iaitu 228 dan 232 pada jam 4 pagi tadi.

Berdasarkan laporan APIMS pagi ini juga, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan IPU 168 sangat tidak sihat di paras manakala satu lokasi mencatat paras IPU tidak sihat iaitu Samarahan di paras 138 Johan Setia Klang, 163 dan Kuching, 154

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments