Monday, May 27, 2024
HomeDUNIAKerana terlalu obses, seorang ibu tunggal tekad mengahwini permaidani yang diberi nama...

Kerana terlalu obses, seorang ibu tunggal tekad mengahwini permaidani yang diberi nama ‘Mat’

Oleh kerana terlalu obses dan sayang, seorang wanita nekad membuat keputusan untuk menikahi permaidani miliknya.

Permaidani yang diberi nama ‘Mat’ itu mula menjadi kesayangan Bekki Cocks sejak setahun yang lalu.

Wanita berusia 26 tahun yang tinggal di Manchester, England sering meluangkan masa bersama karpet kesayangannya dan menceritakan segala masalah dan kisah peribadinya kepada ‘Mat’.

Setiap hari Bekki akan membersihkan ‘Mat’ dan memastikan karpet kesayangannya sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Malah ibu tunggal kepada dua orang anak ini berkata dia tidak dapat bayangkan jika dirinya hidup tanpa ‘Mat’.

Oleh kerana terlalu obses dengan karpetnya kawan-kawan Bekki memberitahu “jika dia sayangkan Mat dia harus berkahwin dengannya”.

Disebabkan usikan itu Bekki Cocks nekad membuat keputusan untuk mengahwini Mat.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara kecil-kecilan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekatnya.

SourceThe Sun
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments