Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAIssey Fazlisham umum bakal berkahwin dengan ibu tunggal yang juga rakan sekolahnya...

Issey Fazlisham umum bakal berkahwin dengan ibu tunggal yang juga rakan sekolahnya pada 22 Disember

Setelah sekian lama hidup bersendirian, kini pelakon, pengacara dan juruhebah radio Sinar, Issey Fazlisham akan menamatkan zaman bujangnya.

Issey membuat pengumuman secara ‘live’ di konti pada akhir siaran Segmen Pagi Suria dan rakaman itu dikongsikan di IGTV Suria Malaysia.

Menurut Issey, dia akan menamatkan zaman dudanya pada 22 Disember dan majlis akad nikah akan diadakan di negeri kelahirannya serta bakal isteri juga berasal dari Kelantan.

Tambahnya, bakal isterinya itu merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak dan telah kematian suami pada dua tahun lepas.

Bakal isterinya itu kini bekerja sebagai HR Manager di sebuah syarikat.

Tambahnya lagi, bakal isterinya itu merupakan rakan lama dari zaman persekolahan.

Setelah sekian lama merancang, kini mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang masing masing.

Pengumuman itu juga telah mengejutkan rakan gandingannya di segmen pagi Suria iaitu Fizi Ali.

Fizi dalam nada sebak mengakui berasa gembira dengan berita yang disampaikan oleh Issey kerana dia tahu setiap kesusahan dan jerih perih yang dilalui oleh Issey selama ini.

Diakhir perkongsian video itu, Fizi sempat mengusik Issey “jangan cuti lama lama” sambil mengelap air matanya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments