Memetik kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kebenaran makan di kedai makan dan restoran secara ‘dine in’ akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Menurut beliau, kerajaan negeri sedang membincangkan mengenai persediaan SOP dengan teliti sejajar kelulusan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bahkan kebenaran yang akan diberikan ini bukan bererti ‘lesen’ untuk rakyat duduk bersembang atau melepak di kedai berjam-jam dengan hanya minum secawan teh tarik.
Paling penting adalah persediaan minda di kalangan peniaga dan juga pengunjung.
Justeru dengan inisiatif ini, beliau berharap rakyat agar terus kekal mematuhi SOP bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak terjaga.
Berbicara lanjut, beliau turut memaklumkan tarikh kuatkuasa bagi kebenaran makan di kedai akan diumumkan tidak lama lagi
Kebenaran Makan Di Kedai dan Restoran TerengganuInsya-Allah, Kerajaan Negeri akan membenarkan makan di kedai makan dan…
Dikirim oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Kamis, 28 Mei 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply