Cubaan rentas negeri, 114 dikompaun, 86 direman

0

Kedah mencatat negeri paling tinggi cubaan merentas negeri pulang ke kampung dengan rekod kes sebanyak 87, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 83 dan 59 di Melaka.

Sebanyak 434 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan untuk pulang ke kampung diarahkan berpatah balik oleh pihak berkuasa kelmarin.

PDRM juga telah mengadakan 149 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri dan memeriksa sebanyak 252,799 kenderaan di seluruh negara.

Daripada operasi itu, sebanyak 114 kompaun telah dikeluarkan, 86 direman dan 28 lagi dijamin pihak polis.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Kamis, 28 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply