Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAAdakah bekas anggota PKM akan didakwa kerana pendakwaan dalam tangan Peguam Negara...

Adakah bekas anggota PKM akan didakwa kerana pendakwaan dalam tangan Peguam Negara yang mana ‘kawan baik’ Chin Peng,”? – Tun Hanif Omar

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata kerajaan mesti pegang syarat yang telah ditetapkan dan sekiranya ingkar pihak polis mesti mengambil tindakan ke atas bekas anggota Parti Komunis Malaysia (PKM).

Bercerita lanjut, beliau memberitahu ketika darurat Cawangan Khas (SB) mendapat surat dari salah seorang pemimpin kanan PKM, Rashid Maidin yang mahu menjalin perdamaian dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Orang nak menyerah maka saya tak menolak, Chin Peng mahu berunding dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad namun saya tidak benarkan kerana menganggap dia tak layak berunding dengan saya.

“Sebagaimana diterangkan tadi, yang (bekas anggota komunis lebih 300 orang balik ke sini, ada syaratnya. Dia mesti patuh pada perlembagaan dan undang-undang negeri ini sebelum saya minta mereka bersumpah,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut mempersoal tindakan Tan Sri Tommy Thomas sekiranya terbukti bekas anggota PKM telah melanggar undang-undang negara berikutan Peguam Negara (AG) pernah menjadi peguambela kepada bekas Setiausaha Agung PKM dan merupakan sahabat baik Chin Peng.

“Semua pihak termasuk rakyat perlu mengalih perhatian kepada AG dalam soal tindakan yang bakal menyusul ke atas bekas anggota PKM yang sedang disiasat dalam penganjuran meraikan Perjanjian Damai Hatyai ke-30 yang diadalan di Sepang dan Kajang pada 29 November dan 1 Disember lalu.

“Penganjuran majlis berkenaan telah mencetuskan kemarahan rakyat termasuk ahli keluarga mangsa kekejaman komunis selain tindakan pihak tertentu membawa masuk abu Chin Peng pada September lalu.

“Jadi sekarang, kita mesti pandang kepada AG (Tommy Thomas). Kita mesti pandang pada dia. ‘Shine the light to him (Beri perhatian kepada Tommy). Di mana dia? ha itulah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Ideologi Komunisme dihadapan 3,000 pesara polis di Padang Merbok hari ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments