Saturday, May 25, 2024
HomeBERITABritish bukanlah penjajah kerana kehadiran mereka adalah kerana jemputan Raja-Raja Melayu terdahulu...

British bukanlah penjajah kerana kehadiran mereka adalah kerana jemputan Raja-Raja Melayu terdahulu untuk memajukan negeri-negeri di Malaya – Tun Haniff Omar

Menurut bekas Ketua Polis Negara iaitu Tun Haniff Omar, British bukanlah penjajah kerana kehadiran mereka adalah kerana jemputan Raja-Raja Melayu terdahulu untuk memajukan negeri-negeri di Malaya, sekaligus tampil berbeza dengan fakta sejarah yang diketahui umum.

Menurut beliau, British dijemput oleh Raja-Raja Melayu untuk memajukan negeri-negeri Melayu di Malaya ketika itu dan bukanlah kolonialis di Tanah Melayu seperti yang disangkakan.

Tambahnya lagi, ianya melainkan Johor kerana Sultan Johor memberikan Singapura kepada British dan mahu melihat sendiri bagaimana pihak yang dianggap penjajah itu membangunkan Singapura tanpa perlu membawa atau mengerah tenaga dari China untuk bina Singapura.

“Untuk menyusun kaedah bagaimana untuk mentadbir negeri dengan membawa pembaharuan dan kesejahteraan kepada rakyat, Raja Raja Melayu memerlukan bantuan British untuk melakukan perkembangan.

“Pembaharuan itu termasuk sistem baharu yang moden namun kuasa di setiap negeri-negeri ketika itu masih di tangan Raja-Raja Melayu tanpa digugat oleh British,” ujarnya.

Malah beliau juga mendakwa Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman tidak pergi ke London terus untuk berunding dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

“Sebelum Raja Raja Melayu bertitah kepada Tunku, Tunku telah mengadap Raja-Raja Melayu terlebih dahulu mengenai bolehkah Tunku berunding dengan British supaya kira-kira 200 orang pegawai British yang ada di Tanah Melayu ketika itu boleh berundur sebagai tanda sebelum mengisytiharkan kemerdekaan sebelum Tunku ke London.

“Tunku kemudian menerima restu dari Raja Raja Melayu meskipun British mengajak raja-raja bersama dalam rundingan atas alasan bahawa mereka tandatangan perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bukan rakyat atau parti.

“Sekiranya Raja-Raja Melayu tidak tandatangan, maka rundingan tidak boleh diteruskan,” tambahnya.

Oleh kerana British telah banyak melabur dalam perlombongan, perladangan, penubuhan pengkalan tentera udara di Butterworth dan sebagainya untuk mempertahankan Tanah Melayu jadi mereka mengajak mengadakan perundingan supaya pelaburan mereka dibalas dengan hasil sebelum bersetuju dengan kemerdekaan.

“Itulah sebab rundingan itu berlaku dengan British di London tetapi yang memberikan kemerdekaan ialah Raja- Raja Melayu, tapi ia tidak diterangkan (sejarah),” tegasnya lagi.

Terdahulu Datuk Dr. Zainal Kling juga pernah menyuarakan pendapat yang sama sebelum ini.

Tun Hanif Omar berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pejuang Negara Menentang Kebangkitan Ideologi Komunisme di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments