Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKerajaan komited wujudkan masyarakat celik teknologi

Kerajaan komited wujudkan masyarakat celik teknologi

Penggunaan teknologi digitalisasi dan komunikasi dalam kehidupan bukanlah satu fenomena baharu pada abad ke-22 ini.

Perkembangan dan pendedahan kemahiran digitalisasi ini amat penting memandangkan kebergantungan terhadap sumber maklumat secara maya ini semakin meluas dan mendapat permintaan yang tinggi.

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengutamakan pembangunan ini dan kekal komited mewujudkan masyarakat celik teknologi.

Ini berikutan ketika negara menempuh era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri, berkata literasi digital yang dimiliki hari ini mewakili sebahagian ilmu yang terlalu kecil berbanding apa yang bakal hadir pada masa hadapan, yang akan menyaksikan pasaran kerja memerlukan individu berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

“Ini kerana dalam Revolusi Industri 4.0, segala urusan harian manusia akan banyak bergantung kepada teknologi terkini seperti automasi robotik yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.

“Penggunaan teknologi muktahir ini membawa cabaran baharu kepada semua sektor dalam negara ini yang memerlukan mereka berubah seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing,” ujar beliau.

Bagi memastikan literasi digital berjaya, Ismail Sabri berkata, kerajan melaksanakan pelbagai inisiatif dan bantuan termasuk kepada golongan B40 agar tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan teknologi.

Sebagai contoh, Ismail Sabri merujuk kepada pelaksanaan program PerantiSiswa, iaitu pemberian tablet berkualiti tinggi kepada kira-kira 400,000 pelajar yang layak bagi memastikan pelajar golongan B40 tidak ketinggalan dalam kaedah pembelajaran pada pasca pandemik.

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan belia serta jurang antara penduduk bandar dengan luar bandar, dengan Ismail Sabri memberi jaminan agenda literasi digital mampu ditingkatkan jika kerajaan terus menerajui pimpinan negara selepas ini.

Antara inisiatif kepada belia pula, Ismail Sabri mengambil contoh inisiatif e-Pemula sebanyak RM200 kepada dua juta belia dan pelajar sepenuh masa serta RM100 kepada kumpulan M40 manakala pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 akan menyediakan 100 peratus liputan Internet di kawasan berpenduduk.

“Pelaksanaan Projek Internet Luar Bandar dengan mengoptimumkan jaringan kabel elektrik pula menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada lebih 60,000 penduduk luar bandar selain Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh negara, membolehkan rakyat bakal menikmati kelajuan Internet lebih pantas dan capaian Internet 5G yang lebih murah,” katanya.

Menyentuh secara spesifik di Bera, penyandang kerusi Parlimen Bera itu berkata setakat suku ketiga tahun ini, 95.9 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan 4G, dengan perkhidmatan jalur lebar disediakan oleh syarikat telekomunikasi Maxis dan Telekom Malaysia (TM) selain enam syarikat menyediakan perkhidmatan selular iautu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Unifi Mobile.

“Bera juga mendapat liputan siaran myFreeview, iaitu siaran televisyen digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran televisyen dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan,” kata beliau.

– THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments