Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAKerajaan benar warga asing kerja atas vesel

Kerajaan benar warga asing kerja atas vesel

Kerajaan membenarkan warga asing bekerja sebagai kru vesel bagi memastikan bekalan ikan negara mencukupi.

Berita terbabit dikongsikan dalam satu kenyataan media oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-102 dan hari ke-18 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Walaubagaimanapun, warganegara asing yang terlibat masih perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar dari negara, iaitu daripada kerajaan masing-masing terlebih dahulu.

Mereka juga perlu memohon Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan menjalani saringan COVID-19 serta kuarantin wajib 14 hari.

Oleh itu, pihak majikan dinasihatkan supaya menyediakan tempat tinggal bagi kru warganegara asing untuk proses kuarantin wajib.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments