Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 14 pulih, 10 kes baharu

COVID-19 : 14 pulih, 10 kes baharu

Dilaporkan 10 kes baharu COVID-19 melibatkan empat kes import dan enam kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 14 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,308 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 187 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai dua orang dan tiada individu yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 121 kes.

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments