Kerajaan mengumumkan kenderaan komersial seperti lori dan sebagainya tetap perlu menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM.
Pemeriksaan secara berkala setiap enam bulan adalah diwajibkan bagi mengelakkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Namun perlu diingatkan bahawa setiap pemeriksaan hendaklah membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak PUSPAKOM sebelum menghantar kenderaan ke lokasi tertentu.
Selain itu, kerajaan juga mengambil maklum mengenai permohonan yang dibuat oleh Persatuan Pengimport dan Perniagaan Kereta Melayu Malaysia (PEKEMA) yang meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan PUSPAKOM untuk membuka kaunter pendaftaran bagi proses pemeriksaan kenderaan.
Justeru, mesyuarat pagi tadi telah membuat keputusan bagi memudahkan semua pihak pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian.
Bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, kenderaan komersial tetap perlu menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM#MinDefMalaysia #COVID19#KitaJagaKita
Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Kamis, 23 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply