Friday, July 26, 2024
HomeBERITAKami kongsi 8 manfaat buah naga untuk kecantikan

Kami kongsi 8 manfaat buah naga untuk kecantikan

Buah naga merupakan sejenis tumbuhan spesis kaktus. Buah naga dinamakan berdasarkan rupa fizikal kulitnya yang mirip sisik seekor naga.

Tumbuh subur di tanah Asia termasuklah Malaysia, buah ini enak dimakan begitu saja.

Namun kepelbagaian penyediaannya dikembangkan kepada jus minuman, sup buah, salad dan juga berfungsi sebagai pewarna makanan.

Menurut kajian, buah naga ini mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan, antaranya ialah vitamin B, C, B3, E, polifenol, kalium, natrium, fostur, kalsium, mineral dan fitonutrien selain dari serat serta antioksidan yang tinggi.

Jom kami kongsi kebaikan buah naga untuk kecantikan.

1. Atasi jerawat.

Jadikan masker – sapu pada tisu dan tampalkan pada kawasan berjerawat selama 20 minit dan bilas.

2. Memperbaiki kerosakan kulit.

Caranya buah dimakan secara konsisten. Cara kedua ialah, hancurkan isi buah naga, jadikan masker pada kulit untuk membaik pulih parut dan kesan luka.

3. Mengatasi masalah kulit kering.

Kandungan air sehingga 90% mampu menghidrasi kulit. Konsume secara konsisten dan mencukupi
untuk kulit yang lembut dan lembab.

4. Mencerahkan kulit.

Samada dijadikan masker atau lulur. Mudah kan!

5. Mempercepatkan penghasilan sel kulit baru sekali gus menyahkan sel kulit mati dan radikal bebas.

Cara pertama, campurkan 1 senduk yogurt dan 1/2 biji buah naga lalu jadikan masker. Diamkan di kulit selama 20 minit lalu bilas.

Cara kedua pula, campurkan 1/4 biji buah naga bersama jeruk nipis dan oles pada wajah. Biarkan 10 minit, kemudian bilas.

6. Mengurangkan ‘sunburn’.

Campur 1/4 potong buah naga bersama 1 kapsul vitamin E. Sapu pada kulit yang terbakar. Bilas setelah 30 minit.

Atau anda boleh mencampurkan isi buah naga bersama timun dan madu, kemudian sapulah pada kulit.

7. Pengganti losyen.

Selain mampu melembabkan kulit, buah naga bertindak sebagai pelindung cahaya matahari. Hanya sapu pada kulit 15 minit sebelum keluar rumah. Bilas dan kulit anda sudah terlindung dan selamat untuk aktiviti luar.

8. Masker rambut rosak dan kering.

Hancurkan isi atau kulit buah naga, sapu pada rambut. Bungkus dan berehatlah. Setelah itu, bilas sehingga bersih.

Sudahlah enak rasanya, banyak pula kebaikan untuk kecantikan.

Jom cuba! ????

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments