Friday, July 26, 2024
HomeBERITAKenali tanda-tanda telur telah rosak

Kenali tanda-tanda telur telah rosak

Telur ayam digunakan secara meluas untuk pelbagai hidangan baik dalam masakan mahupun manisan seperti biskut dan kuih muih.

Sebagai pengguna pemilihan telur yang baik amatlah perlu dititikberatkan agar tidak berlakunya keracunan makanan.

Keracunan boleh terjadi jika telur telah tamat tempoh, justeru sebelum menggunakannya pastikan ambil perhatian terhadap tanda-tanda telur yang telah rosak.

Telur yang rosak mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella dan kesannya boleh mengakibatkan demam, muntah, sakit perut, cirit-birit dan juga menyebabkan kematian.

Jangan ambil mudah. Jika merasa ragu-ragu terhadap tujuh ciri-ciri ini jangan makan!

1) Telur terapung dalam air (telur lama)

2) Kulit retak (wajib buang)

3) Kulit berlendir (tanda bakteria)

4) Kulit ada lapisan berdebu (tanda berkulat)

5) Berbau busuk dan hanyir

6) Tarikh tamat tempoh

7) Warna putih telur berubah

Kes keracunan puding buih telah menyebabkan SATU kematian wanita yang muda yang berusia 25 tahun. 99 mangsa dari 20…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday, 3 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments