Friday, July 26, 2024
HomeBERITAStail rambut si jejaka mengikut bentuk wajah

Stail rambut si jejaka mengikut bentuk wajah

Siapa kata golongan lelaki tidak perlu menjaga ketrampilan diri?

Kebersihan dan penampilan diri perlu dititikberatkan agar sentiasa kemas dan bergaya.

Begitu juga dalam bab pemilihan gaya rambut.

Ianya perlulah sesuai dengan bentuk wajah agar sedap mata memandang.

Jom kami kongsi tips buat si jejaka! ????‍♂️

1. Muka oblong.

Bentuk muka lebih panjang daripada lebar. Potongan rambut pendek adalah lebih sesuai. Berhati- hati jika mempunyai jambang, pastikan ia tidak terlalu tebal.

2. Muka oval.

Bentuk muka ini runcing dan tidak menampakkan tulang rahang.
Bentuk muka ini sesuai dengan apa saja jenis penggayaan rambut. Tetapi hati- hati dengan gaya rambut yang menutupi dahi, kerana ia boleh menampakkan muka lebih bulat.

3. Muka diamond.

Bentuk muka begini mempunyai ‘jawline’ dengan tulang pipi yang berbentuk.
Anda lebih sesuai dengan penggayaan rambut depan yang menutupi dahi. Agar tampak lebih maskulin, apa kata anda berjambang?

4. Muka bulat.

Bentuk muka ini sama saiz dari segi panjang dan lebarnya.
Dapatkan penggayaan yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk. Antara gaya yang dicadangkan adalah potongan nipis di bahagian tepi rambut.

5. Muka petak.

Bentuk muka ini mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak maskulin.
Lebih sesuai memiliki rambut nipis dikiri dan kanan serta lebih tebal dibahagian atas.

6. Muka triangle.

Tulang rahang lebih lebar daripada pipi.
Bentuk muka ini mempunyai tulang rahang agak lebar dan berbentuk, berbanding dengan tulang pipi.
Anda lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, tidak terlampau pendek dan tidak terlalu panjang.

Jom tampil berkarisma!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments